PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


SUMBER BERITA


MESTI KLIK


 
 
GALERI FOTO ANUAR ZAIN
Ruangan himpunan koleksi gambar² Anuar Zain yang di perolehi dari pelbagai sumber ... Galeri Foto Anuar Zain
SEMBANG SEMBANG
Sembangkan sesuatu di sini. Di ingatkan setiap topik yang dihantar hendaklah mesej yang membina bukan untuk perkara² negatif ... Forum

NEWS > FAHAM2 SAJALAH JIKA SAYA TURUN PENTAS 06 MAY 2008

Ini hanyalah sebuah persembahan. Namun sebahagian daripada kita melihatnya dengan pandangan berbeza. Lalu, jika mereka menganggapnya suatu tindakan yang tidak betul, hendak tak hendak saya kena lupakan hasrat untuk turun menemui peminat di bawah sana. Amat menyedihkan juga apabila saya berasakan sesuatu sudah hilang dalam persembahan ini. Saya terpaksa melakukannya untuk mengelakkan kontroversi ....... >>> berita selanjutnya

 

NEWS > ANUAR BATASKAN PERGERAKAN 06 MAY 2008

Sepanjang hampir dua jam membuat persembahan, Anuar hanya berada di pentas. Untuk tidak menghampakan pe minat, Anuar berdiri di gigi pentas untuk bersalaman dengan mereka. Menebalnya kasih peminat kepada Anuar membuatkan mereka terus berusaha untuk mendekati penyanyi itu. Di penjuru mana Anuar berdiri, di situlah mereka ber kerumun untuk bergambar dan menatap wajahnya dari dekat....... >>> berita selanjutnya

 

NEWS > ANUAR BENGANG DENGAN ISU CIUM 05 MAY 2008

Sememangnya Anuar kelihatan ingin turun ke bawah untuk bertemu kira-kira 1240 penonton yang hadir. Namun, apakan daya keinginan itu terpaksa dipendam demi kebaikan semua.Ada peminat yang menjerit, “Anuar, turunlah. Bila nak turun?”. Beliau menjawab, “Kalau saya turun, saya nak anda semua janji tak cium pipi dan peluk saya, ok?”.Lantas ada seorang peminat berkata, “Saya janji akan cium.”....... >>> berita selanjutnya

 

NEW PHOTO 03 MAY 2008
[ A Nite With Anuar Zain ] [ Corat-Coret A Nite With Anuar Zain ]
 

INFOMASI TERKINI > 2 MAY 2008
 

NEWS > ANUAR ZAIN TIDAK 'BERSALAH' 29 APRIL 2008

Itu kenyataan berani daripada lelaki ini, itupun kalau benar kata-kata tersebut dilontarkan daripada kerongkong dan halkumnya. Setahu Aditya yang agak mengenali lelaki bernama Anuar Zain ini, dia tidak begitu. Sebaliknya sikap gentlemen dan sopan santunnya sering diutamakan.Sebenarnya sekali imbas melihat tajuk akhbar itu, Aditya fikir hanya gimik semata-mata. Ternyata telahan itu silap ...... >>> berita selanjutnya

 

NEWS > ANUAR ENGGAN TURUN PENTAS 29 APRIL 2008

Terbaru, SS difahamkan Anuar mungkin tidak akan turun pentas ketika menjayakan persembahan di Dewan Perdana Felda pada 2 Mei ini bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku. Ia juga untuk mengelakkan isu yang dianggap menjatuhkan maruahnya dibangkitkan semula. Barangkali kerana kebimbangan itulah yang mempengaruhi keputusan Anuar untuk membuat persembahan di pentas saja. Entah betul entah tidak ...... >>> berita selanjutnya

 

 
<< back >>
 
SUDUT CHAT

AZ.COM PRESENTS


FAV BLOG

FAV FORUM



-
 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman