PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY

 
LAKONAN

Filem:Bintang Hati
Pengarah: Aziz M.Osman
Terbitan: Tayangan Unggul Sdn. Bhd
Para Pelakon: Anuar Zain, Amy Mastura, Saiful Apek, Fahsa Sandha, Jaafar Onn, Umi Aida, M. Rajoli, Erma Fatimah, Rosnah Mat Aris, Kumpulan Spider
Tayangan: 25 Mac 2004

Sinopsis:

Walaupun bergelar penyanyi terkenal, Syakila tidak berpuas hati kerana belum dapat mengatasi populariti penyanyi Jelly. Lagu-lagu nyanyian Jelly mengatasi lagu nyanyian Syakila dalam carta lagu top ten. Sikap ego dan tidak berdisiplin Syakila sering mendatangkan masalah pada Tasya, pengurus Syakila.

Tasya terpaksa mengatasi dan menutup kelemahan Syakila untuk tidak menjejaskan kedudukkannya sebagai penyanyi kesayangan. Satu ketika Jun, seorang komposer, dipertanggungjawab menyiapkan sebuah lagu untuk Syakila.

Malangnya Syakila enggan bekerjasama sedangkan Jun perlu menyerahkan pita lagu pada penerbit album Fazli secepat mungkin. Untuk mengatasi kebuntuan, Jun terpaksa merakamkan lagu mengunakan suara Tasya. Sebaik saja mendengar rakaman demo, Fazli mengarahkan anak buahnya mengedarkan lagu terbaru Jun itu (berjudul Sesedang) serta merta.

Jun tidak berkesempatan memberitahu lagu tersebut sebenarnya adalah nyanyian Tasya, bukan Syakila. Lagu Sesedang berjaya memasuki carta lagu popular dan akhirnya mengatasi lagu nyanyian Jelly. Anehnya Syakila sendiri percaya lagu Sesedang adalah hasil rakaman suaranya. Fazli mengarahkan Tasya mengatur promosi road tour ke seluruh Malaysia untuk Syakila.

Walau dalam dilema, Tasya cuba mengatur strategi agar pembohongan tidak terbongkar. Sepanjang pertunjukkan promosi, Syakila mengunakan teknik suara latar (tanpa perlu menyanyi secara live). Road tour 'Sesedang' turut disertai seorang wartawan hiburan bernama Izad. Syakila mengambil kesempatan untuk memikat Izad. Di dalam salah satu acara promosi, Syakila telah dikerumuni para peminatnya yang fanatik.

Syakila menyalahkan pengurusan Tasya yang tidak menyediakan bodyguard untuk mengawal keselamatannya. Izad membantu dengan menawarkan anak-anak buahnya (kumpulan Spider) untuk menjadi bodyguard Syakila. Mulai detik itu, road tour 'Sesedang' berjalan lancar dan terkawal. Hubungan Izad dan Tasya juga menjadi semakin mesra.

Syakila cemburu dengan keintiman mereka dan mahu pastikan Tasya tersingkir dari road tournya. Apakah yang akan terjadi apabila Tasya disingkirkan? Bagaimana Syakila meneruskan pembohongan tanpa bantuan Tasya? Dapatkah dia memiliki cinta Izad?


LAKONAN

Filem: Soal Hati
Pengarah: Othman Hafsham
Terbitan: Serangkai Holdings Sdn. Bhd
Para Pelakon: Anuar Zain, Erra Fazira, Aflin Shauki, Zaibo, Linda Onn, Khatijah Tan, Piee, Chef Wan,
Tayangan: 28 Sept. 2000

Sinopsis:

Soal Hati mengisahkan cinta antara Daniel seorang yang berpelajaran tinggi dan memiliki segalanya dengan seorang jurujual, Nurul Ain. Daniel jatuh cinta pandang pertama ketika terlanggar Ain. Untuk memikat, Daniel memperkenalkan diri sebagai Ahmad kerana tidak mahu kedudukannya bakal menjauhkan Ain daripadanya. Ain merasa dirinya tertipu apabila mengetahui Daniel anak seorang kaya. Daniel terpaksa memujuk semula Ain kerana dia masih mencintai wanita itu.



[ TOP ]

SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman