PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Anuar Rela Dicium

 
Oleh JESSABELL SOO

PENGHUJUNG tahun lalu, Anuar Zain pernah menolak pelawaan media untuk digandingkan dengan artis wanita lain dalam satu sesi bergambar. Tiada sebab atau alasan yang diberikan oleh penyanyi ini dan pihak media menghormati keputusannya.

Mungkin demi menjaga perasaan mana-mana pihak agar tidak tercalar, atau tidak mahu menerima tempias gosip, pilihan Anuar difahami semua orang.

Namun, apa yang menghairankan adalah apabila Anuar baru-baru ini menyatakan bahawa dia membenarkan peminatnya untuk mencium pipi serta duduk di atas pahanya.

Anuar dengan jujurnya memberitahu, peluang itu terbuka kepada semua peminatnya termasuklah daripada kalangan wanita.

Memang benar, senario ini pernah berlaku pada persembahan Anuar sebelum ini. Anuar menerima banyak kejutan sewaktu di pentas setiap kali menyampaikan lagu-lagunya dengan gaya lelaki hebat. Jadi, bukan suatu hal yang mengejutkan apabila Anuar menerima ciuman percuma daripada pengagumnya.

Cuma Anuar kali ini kelihatan lebih berani apabila memberikan lampu hijau kepada peminatnya untuk berbuat demikian pada persembahan A Nite With...Anuar Zain pada 2 Mei ini.

"Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha," kata Anuar dengan perasaan teruja.

Menurut penyanyi itu apa yang dikatakan itu bukan perkara yang diluar dari batasan. Malah, ia adalah sebagai penghargaan betapa antara dia dan peminat saling memerlukan.

"Ini adalah perkara biasa kerana mereka (peminat) hanya mahu berseronok. Jadi saya biarkan sahaja kerana berharap mereka gembira dan saya juga akan berasa gembira," kata Anuar pada sidang media mempromosikan persembahan ini.

Cium pun ada batasannya

Akan bermula pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Anuar bagaimanapun memberitahu 'kebebasan' yang diberikan itu mempunyai batasan.

"Ciuman hanya terbatas di pipi sahaja. Namun, semua 'aksi' ini adalah untuk keseronokan sahaja. Saya mahu mendekatkan diri dengan peminat. Tujuan saya tidak lebih hanya untuk menghiburkan mereka tanpa sebarang niat lain," jelasnya yang tidak kisah mempunyai lebih ramai peminat wanita berbanding lelaki.

Menyangkal persembahan ini merupakan 'pengganti' kepada persembahan minggu setiausaha, Anuar mempunyai alasan lain mengapa dia mahu showcase berkonsepkan glamor ini.

"Penyanyi Malaysia jarang mendapat peluang untuk menyanyi dengan iringan live band. Ini menyekat kreativiti penyanyi dan tidak dapat berkomunikasi dengan penonton.

"Lagipun tahun ini saya jarang mendapat persembahan live band. Jadi saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Pada masa yang sama, saya rasa tidak adil bagi saya untuk membuat persembahan korporat sahaja. Ini adalah hadiah kepada peminat," tambah Anuar.


MAHU memberikan lebih keseronokkan kepada peminat, Anuar rela dicium.

Menyasarkan seramai 1200 penonton, persembahan yang diketuai oleh pengarah muzik, Mac Chew ini tidak akan disuntik dengan elemen 'gimik'.

"Apabila persembahan anda dihadiri oleh penonton yang hebat, gimik tidak diperlukan. Hanya mereka yang melakukan gimik tidak mempercayai kredibiliti sendiri serta pemuzik dan penganjur," jelasnya lagi.

Menyampaikan 19 buah lagu dalam durasi lebih sejam, Anuar memilih untuk menyampaikan seleksi lagu daripada ketiga-tiga buah albumnya. Selain daripada itu, dia akan mendendangkan dua lagu kegemarannya tetapi semuanya dalam Bahasa Malaysia.

"Ada lagu yang akan disampaikan secara penuh dan ada juga secara medley. Selain daripada itu, beberapa buah lagu akan digubah dengan iringan piano sahaja. Itu satu kelainan yang jarang saya lakukan," jelasnya lagi.

Bukan sebarang senyap Dikatakan agak 'senyap' selepas menimbulkan kontroversi mengenai album terbarunya yang berjudul Anuar Zain, figura ini berpendapat berita dan laporan mengenai dirinya sudah mencukupi. Dan yang penting, dia hanya mahu kepada berita yang menjurus soal kerjaya, bukan cerita peribadi.

"Sudah cukup cerita mengenai album saya. Tiada apa yang perlu ditulis lagi. Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah mempromosikan single saya pula.

"Jadi jika mahu bercerita mengenai peribadi saya seperti kasut, beg, kereta atau rumah, itu semua tidak penting. Sebagai penyanyi, saya hanya mahu bercerita mengenai nyanyian dan album sahaja," kata Anuar,bertegas.

Bercakap mengenai albumnya, Anuar dengan gembira memberitahu bahawa album itu sudah terjual sebanyak 25,000 unit dalam masa empat bulan.

"Jualan album saya sebelum ini tidak pernah mencapai catatan 25,000 unit. Kini sudah memasuki enam bulan, saya berharap ia sudah terjual sebanyak 30,000. Album ini sedang dicetak semula dan jumlah jualan album terkini akan diperolehi dalam masa dua bulan lagi," senyum Anuar.


ANUAR bersama dua tenaga penting di belakang penganjuran A Nite With...Anuar Zain.

Kepada mereka yang ingin menyaksikan A Nite With...Anuar Zain, harga tiket dijual pada harga RM300, RM350, RM400 dan RM650. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sutra D'Mega Event & Entertainment di talian 03-7727 4515 . Tiket juga boleh dibeli di Tower Record dan Music Valley.

 

 


Sumber: © Kosmo Online. 28 Mac 2008

 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman