PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Saya Mohon Maaf - Anuar Zain

 

ANUAR Zain dan wanita sememangnya sinonim. Jika tidak masakan dia digelar jejaka idaman Malaya. Namun kesukaran menjadi seorang lelaki kacak dan digilai ramai adalah mengelakkan diri dengan cara yang paling halus.

Sehingga pada satu tahap, dia merelakan dirinya 'disentuh' kaum wanita tanpa perasaan prejudis terhadap mereka. Fikir lelaki ini, sentuhan tersebut sebagai satu apresiasi antara peminat dengan penyanyi dalam batasan yang sendiri mengerti.

Namun apabila dia menyatakan persetujuannya untuk

dicium gadis-gadis sempena makan malam istimewa Anuar A Nite With... Anuar Zain , 2 Mei ini, pelbagai reaksi negatif diterima.

Anuar sebelum ini dipetik berkata: "Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu."

Anuar bagaimanapun menangani isu ini secara profesional. Dan pintanya, khalayak harus melihat isu ini dengan sifat rasional.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua umat Islam atas isu (cium) yang disensasikan baru-baru ini. Saya tahu kenyataan itu sensitif.

"Tetapi ia sebenarnya telah disalah tafsir. Apa yang saya maksudkan dalam kenyataan tersebut adalah saya tidak akan menolak permintaan peminat saya kerana saya tidak mahu memalukan mereka, juga menganggap sifat mereka ingin beramah mesra dengan saya sebagai satu penghargaan, bukan mengalu-alukan diri dicium.

"Saya pun tahu batas agama," jelas penyanyi yang cukup sinonim dengan gelaran Lelaki Ini, sempena lagu album terkininya itu.

Apa Kata Anuar Zain:

Burung:

Bebas. Dikasi ini yang boleh saya kaitkan dengan burung. Tapi kalau menyuruh saya memilih jenis burung kegemaran, saya pilih helang. Helang lambang kekuatan. Selalunya percaturan helang dalam mencari makanan tepat dan tetap.

Shah Alam:

Kampung halamanku. Saya tidak akan berpindah ke tempat lain walaupun kelak sudah berumah tangga. Saya sudah tinggal di sini selama 24 tahun dan sangat selesa sengan kawasan ini.

Milo:

Minuman kegemaran saya sejak kecil. Masa itu, serbuk milo pun pernah jadi makanan saya, sedap. Dan saya yakin, milo yang saya buat sendiri lebih sedap daripada mamak punya. Sewaktu saya menjadi pramugara, saya selalu sogok penumpang yang agak cerewet dengan Milo ais pekat daripada saya.

Sungai:

Seharusnya tenang. Tapi sayang banyak sungai di dunia yang telah tercemar. Sepatutnya kita kena cintai sungai. Pada saya, jika nak bina kediaman, sepatutnya kita membina menghadap sungai, bukan membelakangkannya kerana ketenangan sungai boleh memberi inspirasi kepada kita.

George W.Bush

Saya hampa dengan orang seperti dia. Sampai tak terkata apa. Dia kejam, sekiranya ada orang seperti dia di Malaysia, kita harus berhati-hati dan jangan beri peluang kepadanya untuk memimpin negara.

Palestin:

Seluruh negara Islam, tolonglah bersatu untuk memberi bantuan kepada mereka sebelum lebih ramai rakyatnya menjadi mangsa. Bantu mereka, jangan biarkan mereka menjadi pelarian. Beri peluang kepada kanak-kanan sebuah kehidupan yang sempurna dan normal seperti masyarakat dunia yang lain

 

 


Sumber: © Kosmo - 6 April 2008
Tajuk Asal : Bantu Palestin


 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman