PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK

DOMAIN SPONSORED BY


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Kes saman Anuar Zain Oktober

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 20 Oktober depan bagi pengurusan kes saman tuntutan balas penyanyi terkenal, Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) berhubung dakwaan memungkiri kontrak kedua belah pihak.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menyediakan dokumen masing-masing.

Terdahulu, pada 27 Disember tahun lalu, mahkamah sama membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Syncrosound terhadap Anuar yang dibuat atas dakwaan yang sama.

Syncrosound dalam pernyataan tuntutannya menyatakan bahawa plaintif dan Anuar menandatangani kontrak rakaman pada 23 Februari 2001 hingga 22 Februari 2005 yang diperbaharui secara tahunan dan dilanjutkan hingga 23 Februari 2006.

Dakwa plaintif, Anuar bersetuju merakamkan sebuah album setahun mulai tahun 2001 hingga 2005 dan dalam tempoh tersebut, penyanyi itu seharusnya merakamkan empat album.

Bagaimanapun, Anuar hanya dapat merakamkan sebuah album pada tahun pertama dan selepas itu gagal, enggan dan tidak merakamkan sebarang album dengannya.

Sehubungan itu, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 38, selaku defendan telah memfailkan tuntutan balas terhadap Syncrosound pada 20 Jun 2006.

 


Sumber: © Kosmo Online - 20 Jun 2008
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman