PILIHAN UTAMA

OTHER AZ WEBSITE


WEBSITE ARTIS

RADIO ONLINE


MESTI KLIK


 
ARKIB BERITA / BERITA TERKINI

Kemuncak Karier Lelaki Ini

 

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


Kredibiliti Anuar bukanlah sembarangan. Dia cukup hebat di pentas. Vokal yang ampuh dan bertenaga serta ditambah dengan karisma serta pesonanya menjadikan Anuar berada dalam liga dan kelasnya tersendiri
SUDAH lama Anuar Zain menyimpan hasrat untuk beraksi dalam sebuah konsert berskala besar untuk melunaskan impiannya sebagai seorang penghibur.Sekurang-kurangnya sebuah konsert yang mampu dikenang oleh tuan punya badan serta peminat setianya yang tidak pernah jemu menyokongnya sebaik bergelar penyanyi solo pada tahun 1998.

Sebelum ini, dia kerap mengadakan persembahan eksklusif untuk hari-hari tertentu yang membataskan bilangan penonton.Namun, mengenangkan sikap dan kerenah birokrasi syarikat korporat di negara ini yang skeptikal dengan kemampuan artis tempatan, hasrat Anuar dipendam sahaja meskipun pernah mengetuk pintu mereka untuk memohon penajaan dalam menganjurkan sebuah konsert.

Kredibiliti Anuar bukanlah sembarangan. Dia cukup hebat di pentas. Vokal yang ampuh dan bertenaga serta ditambah dengan karisma serta pesonanya menjadikan Anuar berada dalam liga dan kelasnya tersendiri.

Dengan iltizam serta berkat kesabaran dan ketabahannya, doa Anuar dimakbulkan apabila dia berpeluang beraksi untuk pertama kalinya menerusi konsert sulungnya selama dua malam berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya minggu lalu.Apabila peluang itu datang, sudah pasti Anuar menjanjikan persembahan hebat dan mantap sepanjang dua malam vokal hebatnya bergema di pentas bertaraf dunia itu.

Dan kini, Anuar boleh tersenyum bangga dan puas apabila namanya kini sebaris dengan Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, M. Nasir dan Black Dog Bone yang pernah beraksi di pentas yang sama.Konsert Lelaki Ini Anuar Zain dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009.

Apa yang membanggakan, konsert Anuar itu adalah persembahan pembukaan untuk festival muzik yang cukup berprestij itu.Berbalik kepada persembahan Anuar tempoh hari, sepanjang lebih daripada dua jam beraksi di atas pentas, hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan Anuar - hebat!Mungkin sedar, peluang yang entah bila akan datang lagi kepadanya untuk beraksi dalam sebuah konsert besar seperti itu, Anuar telah memberikan persembahan memukau yang lahir dari vokal magisnya itu.


Sumber: © Utusan Online - 6 Julai 2009
 
 
 
[ Back ]


SUDUT CHAT

SUMBER BERITA


FAV BLOG

FAV FORUM

 
 
ANUAR ZAIN WEBSITE © 2005 - 2008 • Design by Shahrul Aiman