Oleh MURSHID EUNOS
metahad@hmetro.com.my
 |
Jejaka yang sering saja dikaitkan dengan nilai lebih eksklusif ini bagaimanapun sempat berkongsi pelbagai kisah sambil menafikan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Mungkin kerana kemunculannya yang terhad pada majlis tertentu atau penampilan segaknya acap kali menjadi perhatian umum membuatkan label itu mudah melekat padanya.
Terbaru, kejayaannya dalam membuat persembahan Syawal Bersama Anuar dengan meletakkan harga tiket yang mahal lebih menguatkan kenyataan status yang diheretnya itu eksklusif.
Katanya, nilai eksklusif itu adalah milik semua penyanyi apabila mereka lahir dengan album sendiri dan tidak lagi mengadakan persembahan secara terbuka. Itu eksklusif!
Bagaimanapun, menganggap isu itu sudah basi untuk diperjelaskan, Anuar rancak bercerita mengenai perancangan terbaru untuk |
meneroka sesuatu yang baru buat dirinya. Kononnya, percaturannya ini sekali gus dapat melenyapkan segala spekulasi yang timbul.
“Saya ingin menerjah semua peminat saya di luar bandar. Itu adalah perancangan saya dan syarikat pengurusan untuk memberi sedikit nafas baru dalam perkembangan kerjaya saya.
“Bukanlah selama ini saya langsung tidak memandang mereka di luar bandar, namun kesempatan untuk saya bertemu mereka kini ada dan saya tidak akan melepaskan peluang.
“Saya merancang mengadakan persembahan dan bertemu peminat yang mungkin selama ini tidak berpeluang menyaksikan siri persembahan saya kerana jarak yang jauh atau kekangan lain.
“Ini sesuatu yang istimewa buat pencinta muzik saya kerana saya akan berusaha mencari ruang untuk mendekati mereka. Saya lihat ini platform terbaik,” katanya yang tampil di Konsert Gempak Astro bertempat di Kluang, Johor, malam tadi.
Anuar yang kini sibuk dalam proses pembikinan album khas tradisionalnya melihat usaha seseorang penyanyi yang berjaya memikat hati peminatnya dengan cara tersendiri adalah satu kelebihan. Lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya memikat peminat tidak hanya pada sesetengah golongan. da saya, jika seseorang penyanyi berjaya menembusi pasaran pada skala luas, baik di kawasan bandar mahupun kampung, dia berjaya menjadikan dirinya sebagai penghibur yang lengkap.
“Malah selama ini saya tidak menafikan ramai peminat saya mungkin hanya berpeluang mendapatkan album berbanding menyaksikan persembahan saya di depan mata,” katanya.
Sementara itu, syarikat pengurusannya, Anuar Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat pengedaran albumnya, Universal Malaysia mengambil peluang untuk menerbitkan sebuah album khas dalam versi karaoke yang boleh dianggap buah tangan istimewanya buat peminat selepas penjualan album Anuar Zain yang sungguh memberangsangkan.
Album karaoke yang turut mengandungi video muzik serta mengangkat semua lagu terbaik yang terkandung dalam album itu, termasuk Lelaki Ini dan Ketulusan Hati, sudah ada di pasaran.
|